Salammusik satu nama yang agak baru dalam industri arus perdana di Malaysia, tetapi berjaya menerebus pasaran dan telinga pendengar dikhalayak ramai melalui musik reggae mereka. Apatah lagi bila kumpulan ini memenangi anugerah 'album terbaik 2012' di Anugerah Industri Muzik (AIM). Kemenangan Salammusik menjadi topi hangat dan cerita dikedai kopi yang sebelum itu mereka berjaya mencipta fenomena dengan lagu 'cerita kedai kopi' bersama DJ Fuzz dan Malique, dimana lagu ini berjaya menerima anugerah lagu hip hop terbaik di AIM yang ke 17.
Pengiktirafan dari AIM melalui album terbaik 2012 secara tidak langsung memperkenalkan band Salammusik dan jenama musik reggae itu sendiri. Penulis melihat perkembangan band ini semenjak 4-5 tahun lepas, melalui demo yang mengandungi cover lagu-lagu Bob Marley dan track-track awal salammusik kemudian mula membesar dengan single 'cerita kedai kopi'. Demo Salammusik yang diterima penulis dari seorang kawan yang begitu teruja dengan musik reggae Salammusik, sedikit demi sedikit single 'cerita kedai kopi' mula menarik minat pendengar radio arus perdana. Kombinasi dan ramuan yang berjaya melalui campuran reggae dan hip hop. kemudian diteruskan melalui lagu 'Alamak' feat dengan Altimet dan lagu 'Bangkit'.
Keterbukaan station radio memainkan lagu-lagu anak tempatan dan kebangkitan arus pendengar baru iaitu disasarkan kepada golongan arus perdana memberi nafas karya-karya salammusik didengari oleh mereka. kekuatan lagu dan lirik Salammusik itu sendiri mempunyai tarikkan. Dari pentas-pentas kecil di gig-gig sehingga ke pentas-pentas besar mereka beraksi menyebarkan pesanan-pesanan lewat lirik mereka. Lagu-lagu mereka bukan sekadar untuk didengar tetapi difikir dan dihayati baitnya. kata Salammusik ' keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak'
Dua buah album telah dihasilkan iaitu 'Salammusik' yang diterbitkan pada tahun 2011 dan 'O' yang baru sahaja dikeluarkan pada awal tahun ini. Dua buah album ini yang mendapat respon positif dari pihak media eletronik dan cetak. Untuk Salammusik 'Play Some Reggae Musik' Yooo... Bless