Bob Marley : Dari Catch A fire Ke Legend

Jika tidak kerana Bob Marley senario musik reggae mungkin tidak sebesar hari ini dan jika tidak kerana Peter Tosh dan Bunny Wailer kita mungkin tidak mengenali Bob Marley seperti yang kita tahu, hari ini. Bob, Peter, Bunny saling berkait rapat baik sama ada dari hubungan kekeluargaan mahupun musik juga fahaman. Mereka bertiga membentuk kumpulan The Wailers pada tahun 1963, sebelum menggunakan nama The Wailers mereka ada menggunakan beberapa nama antaranya seperti The Teenagers, The Wailing Rudeboys, The Wailing Wailers.Penulis cuba mengupas tentang album Bob Marley dari Catch A Fire sehingga Album Legend dalam penulisan kali ini. Sila Semak  


Album Catch A Fire merupakan album pertama The Wailers bersama Island Records kepunyaan Chris Blackwell. Album yang direleasekan pada 13 april 1973 yang direkodkan dari bulan May-Oktober tahun 1972. Album Catch A Fire Mengandugi 9 buah lagu dimana 2 lagu daripadanya merupakan ciptaan Peter Tosh (400 Years, Stop That Train) dan selebihnya merupakan ciptaan Bob Marley seperti (Concrete Jungle,Slave Driver, Rock It Baby, Stir It Up, Kinky Reggae, No More Trouble dan Midnight Rivers). Catch A Fire dimana dalam slang Jamaika bermaksud 'Catching Hell' (getting in trouble). Versi asli Cover bagi album ini berbentuk pemetik api 'zippo' dimana ia dicetak sebanyak 20,000 keping dalam bentuk piring hitam bagi cover pemetik api 'zippo' ini, kemudian diganti dengan cover alternatif dimana cover Bob Marley sedang merokok dan dikreditkan dengan nama Bob Marley & The Wailers.
Album ini dirakamkan di 3 buah studio di kingston, Jamaica iaitu menggunakan studio (Dynamic Sound, Harry J., & Randy's).Kemudian album dicetak semula untuk edisi deluxe bagi cd pada tahun 2001 dimana ia menggunakan cover bebentuk pemetik api zippo, (untk pengetahuan pembaca versi LP cover berbentuk pemetik api zippo, ia bole dibuka seperti pemetik api untuk mengeluarkan LP, rujuk gambar diatas). versi cd edisi deluxe ia didatangkan dengan 2 buah cd. Cd pertama adalah versi unrelease original Jamaican dimana versi ini meuatkan 11 buah lagu iaitu dengan 2 track tambahan, Hide Tide Or Low Tide dan All Night All Long. Manakala cd kedua adalah versi keluaran Island Record.

Album kedua The Wailers Burnin' dimana juga album ini merupakan album terakhir mereka sebagai The Wailers, dimana Peter Tosh dan Bunny Wailer mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan The Wailers mengembangkan kerjaya mereka sebagai penyanyi solo. Mengandungi 10 buah lagu dimana 2 buah lagu ciptaan Bunny (hallelujah Time dan Pass It On). Manakala Peter Tosh 1 lagu ciptaannya (One Foundation) dan 1 lagu yang dikreditkan bersama Bob Marley iaitu lagu(Get Up Stand Up)manakala selebihnya adalah lagu Bob Marley (I Shot The Sheri, Burnin' & Lootin, Put It On, Small Axe, Pass It On, Duppy Conqueror, Rasta Man Chant 'traditional arranged by Bob Marley'). Lagu I Shot The Sherif didalam album ini menjadi hit apabila dinyanyikan oleh Eric Clipton.Cover album The Miseducation of Lauryn Hill seorag penyanyi dan rappers Lauryn Hill mengambil inspirasi dari album Burnin' ini. Cover album yang berlatarbelakangkan kayu.

Bob Marley & The Wailers nama yang digunakan pakai oleh Bob Marley selepas Peter Tosh dan Bunny Wailers keluar dari The Wailers dan memasukkan i-three trio vokal wanita (Rita Marley, Marcia Griffiths dan Judy Mowatt) untuk Album Natty Dread. Album yang dikeluarkan pada 25 oktober 1974 yang dirakamkan di Harry J Studio, Kingston, Jamaika pada tahun 1973. Mengandungi 9 buah lagu (lively Up Your Self, No Woman No Cry, Them Belly Full (But We Hungry), Rebel Music (3 O'Clock Roadblock), So Jah S'eh, Natty Dread, Bend Down Low, Talkin' Blues, Revolution.). Lagu No Woman No Cry yang terdapat dalam album ini dikreditkan atas nama Vincent Ford,
 atau dikenali sebagai Tartar. seorang rakan dan jiran Bob Marley di kawasan trenchtown semasa zaman kecil beliau. Lagu di track ke 2 album Natty Dread ini, No Woman No Cry adalah versi reggae, tetapi versi live berentak R&B pada album Live Bob Marley dianggap yang terbaik ini selalu disalah anggap ertinya sebagai tiada perempuan tidak menangis. Dalam slang Jamaika "No, woman, nuh cry". bererti "tidak, perempuan, jangan kau menangis". Lagu ini juga pernah di cover oleh artis seperti Pearl Jam, The Fugees, Jimmy Cliff, Pauline Black, Rancid, etc.  Cover album ini dilukis oleh Tony Wright, seorang pelukis kelahiran London. Antara Cover yang dilukis oleh Tony Wright seperti cover album Max Romeo (War Inna Babylon), Lee Scratch Perry (Super Ape), Third World (Journey To Addis) dan beberapa lagi artis dan band yang pernah mendapat sentuhan pelukis ini.

Album live! Bob Marley & The Wailers yang dirakamkan pada 18 & 19 Julai 1975 di Lyceum Theathe, Diangkat antara salah satu persembahan live terbaik Bob Marley, ia dirakamkan oleh Danny Holloway (seorang pekerja Island) menggunakan Rolling Stones Mobile Studio. sebanyak 7 Buah lagu direkodkan dan untuk versi remastered 2001 sebuah lagu iaitu Kinky Reggae ditambah sebagai bonus track. Anggota band yang terlibat dalam membuat persembahan live ini adalah, * Bob Marley – lead vocals, rhythm guitar * Al Anderson – lead guitar * Tyrone Downie – keyboards * Aston "Family Man" Barrett – bass * Carlton Barrett – drums * Alvin "Seeco" Patterson – percussion * I Threes (Rita Marley, Judy Mowatt, Marcia Griffiths) – backing vocals

Rastaman Vibration... Album roots reggae yang dikeluarkan pada 30 april 1976 direkodkan di 2 buah studio, Harry J Studio dan juga menggunakan studio Joe Gibbs. Album ini berjaya mencapai kejayaan di pasaran US ketika itu, menjadi satu-satunya album yang berjaya mencapai top ten di carta billboard(memuncak ditangga ke 8), Original Album mengandungi 10 buah lagu 1. "Positive Vibration" (Vincent Ford),2. "Roots, Rock,Reggae(Vincent Ford), 3. "Johnny Was" (Rita Marley), 4. "Cry to Me" (Rita Marley),5. "Want More" (Aston Barrett), 6. "Crazy Baldhead" (Rita Marley/Vincent Ford), 7. "Who The Cap Fit" (Aston Barrett/Carlton Barrett), 8. "Night Shift" (Bob Marley), 9. "War" (Allen Cole/Carlton Barrett), 10. "Rat Race" (Rita Marley) Bonus Track 11. "Jah Live" (Bob Marley). Untuk edisi Remastered mengandungi 2 buah cd, cd pertama mengandungi beberapa unrealease single mix, dub mix dan alternate, B-side single. manakala cd ke 2 mengandungi edisi live Rastaman Vibration. Lagu War dalam album ini merupakan pidato Kaiser Haile Selassie I, Yang merupakan Jah bagi Rastafarian. Pada tahun itu juga, 2 anggota asal The Wailers Peter Tosh dan Bunny Wailer mengeluarkan solo album pertama masing-masing. Peter Tosh album Legalize It dan Bunny Wailer album Blackheart Man.

BERSAMBUNG...

untuk komen sila ke fb penulis Neat's Jr