Artikel ini ditulis setelah masuk hari yang ke 18 tahun baru masihi. Sebenarnya penulis ingin menulis isu review untuk tahun 2012 sebelum masuk tahun baru masihi, tetapi oleh kerana beberapa masalah, ianya tertangguh sehinggalah artikel ini anda baca. Jadi review ini akan dipendekkan dan ia sekilas pandang apa yang berlaku sekitar tahun 2012. Ada beberapa perkara yang menarik dan kurang menarik sepanjang tahun 2012 yang berlaku dalam scene reggae di Malaysia, baik dari segi band dan gig. Antaranya kemenangan band Salam di pentas AIM ke 19 bagi anugerah album terbaik. kehadiran beberapa internasional reggae band yang membuat persembahan di Malaysia antaranya Reggae Rajahs (India 1st Reggae Sound System), Million Stylez (swedish dancehall), Job 2 Do (Reggae Thailand), Ras Muhamad (Duta Reggae Indonesia), Tony Q Rastafara (Indonesia) dan beberapa artis lagi. Juga One Love Reggae Festival Kuala Lumpur yang masuk tahun keduanya dengan memanggil band asia sekitarnya.Yang kurangnya pula mungkin dari segi kuantiti band ska/reggae Malaysia yang mengeluarkan rilisan baru. Mungkin rasa penulis hampir tidak ada band yang mengeluarkan rilisan pada tahun lepas (maaf jika terlepas pandang). Sepanjang tahun lepas 2012, diserata dunia lebih kurang seratus lebih (jka tidak silap) album reggae yang dikeluarkan. Tapi hanya satu album saja yang dipasarkan di Malaysia iaitu album Sean Paul 'Tomahawk Technique'. begitu sukar untuk mendapatkan rilisan reggae baru dipasaran Malaysia sekarang. Tidak seperti tahun 90an dimana penulis mudah untuk mendapatkan rilisan album-album baru ketika itu di kedai-kedai yang menjual kaset dan CD. Album penyanyi seperti Garnet Silk, Ini Kamoze, Capleton, Aswad, Big Moutain, Steel Pulse, Shabba Ranks dan beberapa lagi begitu mudah didapati. Hari ini jika kita singgah ke kedai musik seperti Rock Corner, Victoria Music, Speedy Music kita mungkin akan ditunjukkan dengan koleksi-koleksi Bob Marley, Peter Tosh, UB40 dan kompilasi reggae dan The Best Of saja. Begitu halnya juga dengan peminat yang hadir ke acara atau gig yang melibatkan ska atau reggae, sambutannya mereka yang hadir begitu mengecewakan. Ini kerana ia berdasarkan pemehatian penulis sepanjang menghadiri acara dan gig ska/reggae ini. Lebih-lebih lagi bila melibatkan internasional artis dan band. Bila gig yang dianjurkan tidak ramai yang hadir organiser terpaksa menanggung kos untuk membawa mereka bermain di Malaysia. Faham-faham sahajalah.
<br /><br />
Ok tutup buku tahun 2012, ini buku baru tahun 2013. Penulis sebenarnya masih mengharapkan sesuatu yang BOOMM... lebih banyak band reggae yang mengeluarkan rilisan-rilisan baru, lebih banyak internasional reggae band yang singgah ke Malaysia, dan acara-acara reggae festival. Ada beberapa good news yang didengar antaranya 'Asean Reggae Sunsplash' yang akan diadakan di Mersing, Johor pada bulan Mei. Oh ya band Salam yang baru mengeluarkan album terbaru 'O'. Progres yang semakin membesar untuk band ini dan review yang baik diakbar arus perdana tentang album ini. Negara-negara jiran yang semakin membesar acara dan bandnya. legenda reggae dari Jamaica akan perform di negara jiran kita pada 2013 ini Singapura dan Indonesia. begitu juga band ska dari matahari terbit 'Tokyo Ska Paradise Orchestra' sekali lagi akan bermain di Singapura. Melabur lagi duit untuk menonton Jimmy Cliff di Singapura untuk tiket standart yang berharga lebih kurang S$ 165 lebih kurang RM4xx dan tiket Tokyo Ska Paradise Orchestra yang berharga lebih kurang S$ 40 paling murah sekitar RM 1xx. Ok sedikit coretan reggae kali ni.